Jumaat, 17 Mei 2013

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

Sambutan hari guru yang bertemakan1 inspirasi 1 agenda telah berlangsung pada 16 Mei 2013 yang lalu.
Acara dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan guru besar sekolah ini iaitu Pn Nor Adibah bt Yusoff. Sambutan yang merupakan acara tahunan ini juga diserikan dengan nyanyian 3 buah lagu daripada guru-guru SK Taman Keramat 1.
Acara diakhiri dengan penyampaian anugerah kepada guru. Antara anugerah-anugerah yang dioertandingkan pada tahun ini ialah; anugerah guru Anggun, dan guru popular yang telah disandang oleh Puan Nor Adibah bt Yusoff, guru besar sekolah ini.

Rabu, 15 Mei 2013

TAKLIMAT KOPERASI GURU-GURU MALAYSIA BERHAD

Pihak Koperasi Guru-guru Malaysia telah memberi penerangan berkenaan dengan koperasi tersebut. Penerangan telah disampaikan oleh pegawai dari koperasi tersebut iaitu En Amran b Ahmad.

Isnin, 22 April 2013

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH ACARA MERENTAS DESA

Majlis penyampaian hadiah untuk Acara Merentas desa yang telah diadakan sebelum ini. Majlis penyampaian hadiah tersebut telah disempurnakan oleh Puab Zaiton, GK Ko-kurikulum SK Taman Keramat1.

Sabtu, 20 April 2013

PROGRAM LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA dan PENGURUSAN DISIPLIN)

Kursus dalam perkhidmatan (LADAP) yang pertama telah diadakan pada 20 April 2013. Kursus pendedahan kepada guru berkenaan dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Selasa, 9 April 2013

AKTIVITI MINGGUAN PANITIA BAHASA INGGERIS

Pelbagai aktiviti dijalankan oleh Panitia Bahasa Inggeris setiap minggu bagi memantapkan Bahasa inggeris murid antara aktiviti tersebut koir dalam bahasa Inggeris oleh murid tahun 4 Kurnia.

Sabtu, 23 Mac 2013

MOTIVASI TAHUN 6

Motivasi untuk tahun 6 yang pertama bagi tahun 2013 diadakan. Mitivasi yang bertajuk, Cemerlang, bukan bisa-biasa je yang disampaikan oleh En Yassir Mohd Akhir penceramah dari Syarikat Telaga Biru.

Isnin, 18 Mac 2013

MAJLIS PENUTUP BULAN BAHASA MELAYU

Setelah bulan bahasa berakhir pada bula Februari, maka sampailah masa Majlis Penutup Bulan tersebut. Ucapan penutup dan penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang acara yang dijalankan sepanjang bulan tersebut telah disempurnakan oleh Puan Guru Besar, Puan Nor Adibah Bt Yusoff.