Rabu, 29 April 2009

Sukan tahunan SKTK1 telah diadakan pada 26 April 2009 yang lalu. Acara yang saban tahun diadakan ini padat dengan pelbagai acara sukan. Antara yang menarik perhatian ialah acara ibu bapa dan guru, acara ini berjaya menjalinkan hubungan yang mesra antara kedua-dua belah pihak. Pada tahun ini Rumah Merah (Rumah Panglima) telah berjaya menjadi Johan sekali lagi dan julung-julung kalinya rumah Pahlawan (rumah hijau) mendapat tempat kedua pada diikuti rumah Perkasa dan rumah Perwira.

* Lagi gambar-gambar acara Sukan Tahunan akan dimasukan dalam masa yang terdekat.


Pos-pos menarik sekitar Sukan Tahunan 2009














Antara acara yang menarik, acara ibu bapa dan guru


Rabu, 22 April 2009

LATIHAN BERMULA KEHANGATAN TERASA

Dua tiga hari lagi Sukan Tahunan Sekolah ke-30 akan diadakan. Rata-rata pasukan yang bertanding iaitu pasukan Rumah Kuning, Hijau, Merah dan Kuning sedang giat menjalankan latihan disaat akhir. Begitu juga dengan guru-guru penasihat rumah masing-masing. Semakin dekat hari berlangsung semakin hangat terasa bahang pertandingan.

Latihan untuk sukaneka tahap satu sedang dijalankan.



Ahli-ahli Rumah Hijau sedang tekun menjalani latihan untuk persediaan bagi Sukan Tahun SK Taman Keramat 1 kali ke-30 yang akan diadakan dua tiga hari lagi.




Cikgu Hamdan (Ketua Peralatan) bersama-sama petugas sukarela berhenti berehat seketika menghilangkan penat.

Selasa, 21 April 2009

KURSUS DALAMAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Panitia Pendidikan Seni Visual telah mengadakan kursus dalam pada 18 April yang lepas bertempat di Pusat Sumber SK Taman Keramat 1. Kursus ini antara lain bertujuan untuk mendedahkan guru-guru pada pendidikan seni visual di samping meningkatkan kemahiran profesion perguruan. Kursus ini disampaikan oleh Pn Nor Mala bt Abu Husien yang merupakan ketua panitia Pendidikan Seni Visual (PSV). Dalam kursus sehari yang diadakan ini juga, guru-guru telah didedahkan dengan bidang-bidang pendidikan seni visual dan berpeluang mencuba sendiri teknik-teknik bagi setiap bidang melalui bengkel yang diadakan. Hasil daripada kerjatangan guru ini akan dipamerkan pada Hari Guru yang akan datang.

Antara carta yang digunakan.



Guru-guru mengambil peluang mencuba bakat masing-masing menghasilkan kerja tangan untuk PSV



Guru-guru sedang mendengar penerangan daripada ketua Panitia Pendidikan Seni Visual

KEM BESTARI SOLAT SIRI 2/2009

Kem Bestari Solat siri 2/2009 telah diadakan pada 18 April 2009. Program ini merupakan program tahunan J-qaf. Siri pertama telah diadakan 28 Februari yang lalu yang dihadiri oleh murid tahun 3 sahaja. Pada kali ini program ini dijalankan untuk murid-murid tahun 1, 2, dan 4. Melalui program ini murid-murid telah diajar cara-cara ibadat khusus fardhu ain seperti berwudhu dengan betul, bersolat dan bacaan-bacaan dalam solat. Program ini akan diadakan dari semasa ke semasa. Ia bertujuan memastikan murid-murid mendapat pendidikan fardhu ain dengan betul di samping mengigati dan mengamalkan apa yang dipelajari mereka.

PERTANDINGAN BERCERITA TAHUN 3 ANJURAN PANITIA BAHASA MELAYU

Pada 16 April yang lalu Panitia Bahasa Melayu telah mengadakan pertandingan bercerita peringkat sekolah. Pertandingan yang diadakan khas untuk tahun 3 itu telah disertai oleh enam orang peserta dari tahun 3 Kurnia, Ehsan, dan Rahmat. Tujuan utama pertandingan diadakan adalah untuk mencungkil bakat di kalangan murid-murid tahun 3 di samping ia merupakan acara tahunan bagi Panitia Bahasa Melayu SK Taman Keramat 1.

Para peserta yang telah merangkul tempat pertama, kedua dan ketiga



Hadiah disampaikan oleh Pn Mainah kepada peserta yang berjaya.



Pengadil sedang membincangkan sesuatu sebelum markah muktamad diberi.



Murid-murid lain juga turut khusuk mendengar cerita daripada rakan mereka yang mengambil bahagian


Salah seorang peserta sedang membuat persembahan

Khamis, 9 April 2009

PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PERINGKAT ZON

Setelah bertungkus lumus berberapa bulan berlatih untuk memantapkan pasukan, hari ini (8 April 2009) pasukan bola tampar sekolah telah memulakan cabaran dalam pertandingan yang diadakan. Dalam pertandingan tiga penjuru peringkat Zon ini tiga buah pasukan dari sekolah sekitar Zon Hulu Kelang telah mengambil bahagian, sekolah-sekolah tersebut ialah SK Taman Keramat 1, SK Taman Keramat 2 dan SK Klang Gate. Setelah perlawanan berlanjutan hingga ke tengahari keputusan adalah seperti berikut; SK Taman Keramat 1 (tuan rumah) telah mendapat tempat pertama atau Johan untuk kategori perempuan dan SK Kelang Gate mendapat tempat kedua manakala tempat ketiga disandang oleh SK Taman Keramat 2, bagi kategori lelaki pula pasukan tua rumah mendapat tempat kedua diikuti oleh SK Klang Gate dan tempat ke tiga oleh SK Taman Keramat 2. Dengan ini SK Taman Keramat 1 telah dapat mewakili Zon untuk perlawanan di peringkat daerah. Tahniah diucapkan kepada pasukan sekolah dan guru-guru yang bertungkus-lumus melatih mereka sehingga berjaya seperti Cikgu Mohd Darus, Ustaz Hasrul Hisham, Cikgu Sarwani dan Cikgu Zaid. Semoga selepas ini akan mendapat kejayaan lebih cemerlang.

Peserta perempuan yang mengambil bahagian.



Penyokong-penyokong pasukan tuan rumah, walaupun berpanas, sokongan tetap diberikan dengan penuh semangat.




Sebahagian daripada peserta yang mengambil bahagian sedang bersiap sedia.