Jumaat, 13 November 2009

MAKAN MALAM TAHUN 6 2009


Majlis makan malam bagi meraikan murid-murid tahun 6 2009 telah diadakan pada 11 November 2009 yang lalu. Program yang diadakan pada setiap tahun menjelang akhir sesi persekolahan ini menyaksikan murid-murid tahun 6 diberikan peluang oleh pihak sekolah untuk mengendalikan majlis mereka sendiri.
Ia juga bertujuan memberikan peluang terakhir kepada murid-murid ini menujukkan bakat masing-masing sebelum mereka melangkahkan kaki meneruskan pendidikan mereka di sekolah menengah.
Pelbagai acara menarik diadakan pada makan malam tersebut.



Antara guru-guru yang hadir dalam majlis tersebut


Ucapan daripada ketua murid


Ucapan daripada wakil Guru Besar, Pn Zuraida


Penyampaian hadiah kepada murid-murid yang mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan.




Penyampaian cenderamata kepada guru-guru yang mengajar tahun 6 2009





Nyayian penuh perasaan oleh salah seorang peserta yang mengambil bahagian


Deklimasi sajak


Nyayian oleh murid tahun 6


Nyayian lagi....mewakili guru-guru oleh Cikgu Khairi



Lakonan oleh murid tahun 6


Isnin, 9 November 2009

Program Makan Malam Tahunan Kelab Guru SKTK1 2009

Program Makan Malam Tahunan Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan (BKGK) SK Taman Keramat 1, telah diadakan pada, 7 November 2009 yang lalu bertempat di Restoran Nelayan Taman Tasik Titiwangsa.
Program yang menjadi acara tahunan bagi BKGK ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silatulrahim antara guru, kakitangan dan pihak PIBG sekolah ini.
Turut serta memeriahkan program ialah Guru Besar SK Taman Keramat 1, Puan Nor Adibah bt Yusoff dan juga YDP PIBG Tuan Hj Abdul Hamid b Surip serta keluarga dan AJK lain. Pelbagai acara diadakan pada malam tersebut bagi memeriahkan lagi program tersebut. Acara kemuncak ialah acara cabutan nombor bertuah. Diharap dengan adanya program-program seperti ini, ia dapat mengeratkan lagi tali siratulrahim antara pihak pentadbir serta guru dan AJK PIBG.