Jumaat, 5 Februari 2010

KUTIPAN BAYARAN TAMBAHAN SEKOLAH DAN PROGRAM MOTIVASI TAHUN 6 SESI PERTAMA

SK Taman Keramat 1 akan mengadakan dua program serentak pada hari Sabtu ini 6 Februari 2010. Program pertama ialah kutipan bayaran tambahan persekolahan dan program yang kedua ialah Program Motivasi Tahun 6 sesi 1.
Kedua-dua program ini berjalan serentak memandangkan SK Taman Keramat 1 tidak terlibat dengan persekolahan gantian untuk Tahun Baru Cina yang tidak diambil.
Program Motivasi Tahun 6 sesi 1 ini adalah langkah proaktif sekolah peringkat permulaan bagi menyiapkan diri murid-murid Tahun 6 untuk menghadapi Perperiksaan UPSR pada bulan September yang akan datang.
Program seumpama ini akan diteruskan dari masa ke semasa untuk memastikan murid-murid akan sentiasa bersedia untuk mengahadapi perperiksaan tersebut.
(Gambar-gambar akan dimasukan kemudian)