Selasa, 22 Mei 2012

PROGRAM SHARING IS CARING Daerah Gombak



Tarikh: 22 Mei 2010 | Selasa
Tempat: PKG Rawang, SMK Rawang

Tujuan atau matlamat proram diadakan adalah untuk perkongsian antara sekolah yang mendapat pengikhtirafan lima bintang dalam program SSQF dengan sekolah-sekolah yang yang mendapat 3 bintang bagi meningkatkan lagi penarafan bintang mereka.
Program ini adalah julung-julung kali diadakan di daerah Gombak. Program ini dihadiri oleh guru besar dan guru-guru penyelaras ICT. SK Taman Keramat 1, diwakili oleh guru penyelaras ICT, En Azman B Hj Che Hasan dan Guru Besar, Pn Nor Adibah Bt Yusoff.

Jumaat, 18 Mei 2012

SAMBUTAN HARI GURU 2012

Setiap tahun pada tanggal 16 Mei, warga guru seluruh Malaysia akan menyambut Hari Guru yang bertujuan untuk menghargai peranan guru dalam membangunkan masyarakat serta mencurahkan ilmu. Sekolah Kebangsaan Taman Keramat 1 juga tidak ketinggalan untuk menyambut hari yang merupakan salah satu hari yang paling dinanti-nantikan oleh golongan guru ini. Tema Hari Guru tahun ini ialah 'GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFOMASI PENDIDIKAN NEGARA'
Pada majlis tersebut pelbagai acara diadakan dan acara yang paling dinanti-nantikan ialah acara nyanyian daripada semua guru-guru SK Taman Keramat 1. Pada majlis itu, guru-guru telah menyumbangkan 5 buah lagu secara koir atau beramai-ramai. Lagu-lagu tersebut ialah; Lagu Guru Malaysia, lagu tema hari guru ' Guru Inovatif Melonjakkan Transfomasi Pendidikan Negara, lagu Terukir di Bintang, Seribu Impian dan Biarku Menjadi Lilin. Sambutan Hari Guru peringkat sekolah kali ini, walaupun sederhana tetapi meriah.








Selasa, 8 Mei 2012

LATIHAN KEBAKARAN (FIRE DRILL) SIRI 2/2012














AKTIVITI PANITIA BAHASA INGGERIS

Pada setiap hari Selasa, SK Taman Keramat 1 mengadakan program-program yang berkaitan dengan Bahasa Inggeris, seperti membaca sajak, cerita dan sebagainya dalam bahasa Inggeris. Ini bersempena dengan hari Selasa sebagai hari Bahasa Inggeris sekolah.






Pada minggu ini giliran tahun 6 Ehsan dan 5 Rahmat untuk menyampaikan puisi dan cerita.

Jumaat, 4 Mei 2012

LAWATAN KERJA PEGAWAI PPD

Lawatan pegawai PPD ke SK Taman Keramat 1 pada 3 Mei 2012 yang lalu. Lawatan tersebut bertujuan untuk melihat prasarana sekolah. Lawatan diketuai oleh Pn Dayang Fatimah bt Abg Narudin, Pegawai Pelajaran Daerah Gombak

                    Puan Dayang (tiga dari kiri) bersama-sama guru 
           besar Pn Nor Adibah (pertama dari kanan) 
                                                                     
                                         

Khamis, 3 Mei 2012

BACAAN YASIN TAHUN 6

Majlis Bacaan Yasin tahun 6 diadakan setiap hari Khamis bermula semenjak awal Februari lalu. Majlis bacaan yasin ini merupakan acara tahunan yang diadakan oleh sekolah ini. Majlis ini diadakan bagi menyuntik semangat kerohanian kepada murid-murid tahun 6 yang akan menghadapi perperiksaan awam paling penting di peringkat sekolah rendah iaitu UPSR. Semoga dengan majlis yang diadakan ini sedikit sebanyak terkesan di hati mereka untuk berusaha dengan lebih gigih untuk berjaya dalam perperiksaan tersebut.








Rabu, 2 Mei 2012

HARI KO-KURIKULUM


                                          


Setiap hari Rabu setiap minggu merupakan hari ko-kurikulum bagi SK Taman Keramat 1. Pada setiap hari ini semua murid tahap dua dan tahun 3 akan diberikan pendedahan kepada aktiviti-aktiviti ko-kurikulum. Aktiviti ko-kurikulum akan diselang-selikan mengikut giliran yang telah ditetapkan. Sebagai contoh pada minggu ini (Rabu | 2 Mei 2012) aktiviti ko-kurikulum adalah aktiviti permainan, maka murid-murid akan menjalankan aktiviti dalam permainan yang telah dibahagi-bahagikan kepada mereka. Pada minggu berikutnya pula murid akan menjalankan aktiviti unit beruniform, dan begitulah seterusnya.