Selasa, 10 Julai 2012

PROGRAM 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA 1S1M1S

Tarikh    | 10 Julai 2012 | Selasa
Masa     | 8.00 pagi

Program yang diadakan serentak di seluruh Malaysia. Pada tahun ini program senamrobik telah diadakan. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk menyahut seruan kerajaan yang menghendaki setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu kegiatan sukan.










Rabu, 4 Julai 2012

KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN KE-33 | 2012

Kejohanan Padang dan Balapan SK Taman Keramat 1 akan diadakan pada 15 Julai 2012 yang akan datang.
Berikut adalah acara-acara yang akan dan sedang dijalankan;
25 - 26 Jun 2012 | Acara Sukan Tara

4 Julai 2012         | Acara Pra-sukan
5 Julai 2012         | Acara saringan
12 Julai 2012       | Raptai Perbarisan
13 Julai 2012       | Raptai penuh kejohanan

*Update akan di upload dari masa ke semasa...








PERTANDINGAN HARI PUTERI


Pada hari Sabtu 30 Jun 2012 yang lalu, Pergerakan Puteri Islam daerah Gombak telah mengadakan Pertandingan Gubahan Bunga daripada beg plastik dan surat khabar lama. Dalam pertandingan yang diadakan di Dewan SK Selayang 2 tersebut sekolah Kebangsaan Taman Keramat 1 telah mendapat tempat keempat daripada 17 buah sekolah yang bertanding, ini merupakan pencapaian yang terbaik setakat ini. Acara lain yang dipertandingkan ialah acara membuat kerabu, pertandingan buku log dan Hafazan. Pencapaian yang baik juga telah dirangkul oleh sekolah Kebangsaan Taman Keramat 1 adalah dalam acara membuat kerabu dan buku log yang telah menduduki tempat ketiga dalam kedua-dua acara. Bagaimanapun dalam acara Hafazan tidak mendapat sebarang tempat. Apa pun pencapaian yang telah diperolehi, semoga ini akan dapat memberikan suntikan semangat kepada murid-murid lain untuk mempertingkatkan pencapaian mereka di masa-masa akan datang.